Selasa, 6 Ogos 2013

SeJarah mel@yU - hikayat hang tuah

 bab1
Menceritakan mengenai asal usul Kerajaan Bentan. Kisah bermula daripada anak raja besar keinderaan bergelar Sang Sapurba yang berkahwin dengan Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam, juga anak raja keinderaan. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang putera bernama Sang Sapurba. Sang Sapurba inilah apabila dewasa kelak akan dirajakan di Bukit Siguntang Mahabiru. Pada suatu hari, ketika Sang Sapurba bersiar-siar di tasik yang terletak di kaki bukit, dengan kebesaran Allah S.W.T, seekor lembu putih muntah di tepi tasik lalu menjelmalah seorang puteri yang cantik jelita. Sang Sapurba membawa puteri itu ke istana baginda. Dengan perkenan Sang Perta Dewa, Sang Sapurba dan puteri itu dikahwinkan. Hasil daripada perkawhinan itu, Sang Sapurba berputerakan Sang Maniaka, Sang Jaya Nantaka, Sang Saniaka dan Sang Satiaka. Beberapa lama berlalu, putera-putera Sang Sapurba semakin dewasa. Dikisahkan pula tentang pembesar Singapura dan Bentan menghadap Sang Sapurba untuk melantik salah seorang putera baginda menjadi raja Bentan. Dengan perkenan Sang Sapurba, maka Sang Maniaka dilantik menjadi raja Bentan, bergelar Sultan Sang Maniaka. Dengan kebijaksanaan baginda, kerajaan Bentan telah diwujudkan dengan tersusun, pembesar-pembesar dilantik, rakyatnya semakin ramai dan masyhur sehingga ke negara-negara lain.


bab2
Kisah bermula perpindahan keluarga Hang Tuah ke Bentan lantaran Hang Mahmud mendapat mimpi bulan turun dari langit di atas kepala Hang Tuah. Mereka sekeluarga menetap di perkampungan Bendahara Paduka Raja. Semasa kecil Hang Tuah belajar pelbagai ilmu: mengaji al-quran, ilmu mempertahankan diri, ilmu belajar berbahasa. Kisah seterusnya, ketika berusia 10 tahun Hang Tuah bersahabat akhrab dengan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu Dan Hang Lekir.
Kehebatan mereka terserlah buat pertama kali mengalahkan lanun-lanun samasa mereka dalam pelayaran menuju ke Pulau Tinggi dan Singapura. Penghulu Singapura yang menjadi saksi kehebatan mereka sehingga dia menceritakan perihal kehebatan 5 bersaudara itu kepada Bendahara Paduka Raja. Diceritakan juga Hang Tuah bersama rakannya berguru dengan Sang Aria Putera di Bukit Pancalusa. Sang Aria Putera meramalkan Hang Tuah akan menjadi orang besar di Bentan kelak. Sang Aria Putera mengarahkan Hang Tuah dan rakannya berguru dengan Sang Persata Nala di Gunung Wirana Pura kerana ilmunya begitu banyak. Sekembalinya Hang Tuah dan rakannya dari Bukit Pancalusa, berlaku huru- hara di pasar kerana ada orang mengamuk. Hang Tuah dan rakannya yang lain berjaya mengalahkan pengamuk itu dan kejayaan mereka itu, telah menjadikan mereka dilantik menjadi biduanda Raja.


bab3
Dalam bab ini mengisahkan, patih kerma wijaya yang datang memperhambakan diri kepada kebawah duli raja bentan kerana patih kerma wjaya merasa jauh hati dengan perbuatan ratu lesam. Ratu lesam telah melarikan anak patih kerma wijaya, ken sumirat. Selain dariapda cerita itu, ada juga terdapat kisah pembukaan negeri baru iaitu negeri Melaka. Hal ini mengambil sempena nama tempat itu banyak ditumbuhi pohon Melaka.
PERISTIWA PENTING.
  • Ratu Lesam mengarahkan Patih Kerma Wijaya (PKW)  memperbaiki Negeri Pajang setelah diserang Raden Inu Kartapati.
  • PKW telah jatuh sakit dan menyuruh penglimanya pergi  ke Pajang bagi menjemput puterinya iaitu Kem Sumirat ke Pajang Kebiri. Dalam perjalanan ke pajang kebiri,Puteri itu bertemu dengan Ratu Lesam. Tanpa kebenaran dan pengetahuan PKW, Ratu Lesem telah mengahwini  anak PKW.
  • PKW merasa marah terhadap tindakan Ratu Lesam. Lalu dia telah pergi Tanah Melayu kerana negeri itu aman dan makmur.
  • Raja Bentan menyambut baik kedatangan PKW dan dilantik menjadi pembesar istana.
  • Raden Wira Nantanja, Putera Daha berkelana ke Negeri Bentan mencari saudaranya, Raden Puspa Ningrat.
  • Raja Bentan menerima kedatangan Raden Wira Nantaja dengan penuh kebesaran, terus menggelarkan Ratu Melayu kepada Raden Inu Wira Nantaja.
  • Raja Bentan menitahkan membawa anjing Kibu Nirang dan Rangga Raya untuk berburu dan mencari tempat berbuat negeri baru.
  • Anjing Kibu Nirang Ddan Rangga Raya berjaya dikalahkan oleh Pelanduk Putih.
  • Raja Bentan menamakan negeri baru itu negeri Melaka sempena mengambil nama tapak berbuat istana  baru itu yang ditumbuhi pokok Melaka.
  • Raja Bentan dan seluruh penduduk berpindah ke Melaka.
 
bab4
Mengisahkan perlantikan dan pemecatan sang jaya nantaka  Bermula dari kisah, Sang Jaya Nantaka di jemput ke Melaka untuk dijadikan Raja Muda. Raja Muda difitnah menghimpunkan tentera dan pembesar istana untuk merebut kuasa. Raja Melaka terus menitahkan Raja Muda dihukum bunuh, namun Bendahara Paduka Raja menahan dengan mencadangkan Sang Jaya Nantaka dilucutkan jawatannya dan disuruh pulang ke Bukit Siguntang Mahabiru. Sang Jaya Nantaka meminta sahaja berkelana menjadi nelayan di kuala Melaka. Setelah Jaya Nantaka menjadi nelayan ,datang Parmadewan (seorang saudagar kaya-raya dari Benua Keling yang kebetulan sedang mencari raja untuk dirajakan di Negeri Benua Keling). Parmadewan Meminta Sang Jaya Nantaka menjadi raja di Benua Keling, lalu dia menerima dan berangkat menjadi raja di Benua Keling.

PERISTIWA PENTING.
  • Sang Jaya Nantaka , adik Raja Melaka dijemput ke Melaka untuk dijadikan Raja Muda.
  • Istana Raja Muda dibina berdekatan dengan kampung Bendahara Paduka Raja.
  • Hang Tuah berfirasat, siapa yang menduduki istana Melaka itu akan dimurkai oleh Raja Melaka dalam masa tempoh 40 hari terdekat.
  • Belum sampai 40 hari Raja Muda yang bersemayan di Melaka, baginda difitnah (ingin merebut kuasa kerajaan Melaka)
  • Raja Melaka menitahkan Hang Tuah membunuh Raja Muda tanpa usul periksa.
  • Hang Tuah enggan membunuh Raja Muda.
  • Bendahara menasihati Raja Melaka agar jangan dibunuh Raja Muda sebaiknya dilucutkan saja jawatan Raja Muda dan disuruh pulang semula ke Bukit Siguntang Mahabiru.
  • Raja Muda menjadi seorang nelayan dan menatap di sebuah rumah kecil di kampung Bendahara.
  • Seorang saudagar dari Benua Keling (Parmadewan) tiba di Melaka untuk menjemput Sang Jaya Nantaka.
  • Sang Jaya Nantaka menjadi raja di Benua Keling.
 



 

SeJarah mel@yU - hang tuah

Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang terutama serta pahlawan Melayu yang taat kepada rajanya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15. Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700 (Leiden manuscript Cod.Or.1762.) tetapi manuskrip lengkap adalah bertarikh 1849.
Pada masa pemudanya, Hang Tuah dan empat orang temannya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, serta Hang Lekiu, membunuh segerombolan lanun dan dua orang lain yang mengamuk dan membuat kacau-bilau di dalam kampung. Si Bendahara (sama dengan Perdana Menteri dalam istilah moden) Melaka nampak bakat mereka dan mengambil mereka bertugas di dalam istana. Hang Tuah dibabadkan dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.
Semasa bertugas dengan istana Melaka, Hang Tuah membunuh seorang pahlawan Jawa yang dikenali sebagai Taming Sari. Taming Sari merupakan seorang anak buah Empayar Majapahit yang telah dihadiahkan dengan sebilah keris kuno yang dipercayai boleh menyebabkan pemiliknya kebal. Keris itu dinamai "Taming Sari" sempena pemiliknya yang asal.
Hang Tuah kemudian dituduh kerana berzina dengan dayang Sultan, dan suatu keputusan serta merta dibuat untuk menghukum mati laksamana yang tidak bersalah itu. Bagaimanapun, hukuman mati itu tidak dilaksanakan, dan sebagai ganti, Hang Tuah dihantar ke suatu tempat yang terperinci oleh si Bendahara. Mempercayai bahawa Hang Tuah telah mati, Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), melancarkan pemberontakan balas dendam terhadap Sultan Mansur Shah, dan menyebabkan keadaan kelam-kabut di kalangan penduduk. Sultan Mansur Shah berasa sesal tentang hukuman mati Hang Tuah, kerana Hang Tuah merupakan orang tunggal yang berupaya membunuh Hang Jebat (atau Hang Kasturi). Akhirnya, si Bendahara memanggil balik Hang Tuah daripada persembunyiannya, dan diampun oleh Sultan. Selepas berlawan selama tujuh hari, Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat dan mendapat balik keris Taming Sarinya.
Hang Tuah meneruskan khidmatnya kepada Sultan Mansur Shah selepas kematian Hang Jebat. Pada lewat hidupnya, beliau diutuskan meminang seorang puteri yang tinggal di puncak Gunung Ledang. Beliau gagal dalam tugas itu, dan disebabkan perasaan malu, Hang Tuah terus hilang dan langsung tidak dinampak lagi.
Hang Tuah terkenal untuk pepatahnya, "Takkan Melayu Hilang di Dunia" Petikan itu merupakan sorakan yang termasyhur untuk nasionalisme Melayu.

SeJarah mel@yU - hang jebat

Menurut Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang telah dibunuh oleh Hang Tuah kerana derhaka dalam pertarungan yang memakan masa 3 hari 3 malam. Hang Jebat pada masa pertarungan itu menggunakan keris Taming Sari yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka semasa melantiknya menjadi Laksamana. Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak lut senjata. Hang Tuah telah berjaya merampas semula keris Taming Sari dalam pergelutan dan menikam Hang Jebat. Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali dari buangan, kembali kerumahnya. Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah membalut lukanya dengan kain cindai dan kemudiannya memasuki kampung-kampung untuk mengamuk membunuh siapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah.
Hang Jebat dikatakan telah membuat perhubungan sulit dengan seorang dayang istana bernama Dang Wangi. Ada kisah yang menyebut bahawa sebenarnya Hang Jebat telah bernikah dengan Dang Wangi dan semasa Hang Jebat terbunuh, Dang Wangi sedang hamil anak Hang Jebat. Hang Tuah kemudiannya menghantar Dang Wangi tinggal di Singapura untuk melahirkan dan membela anak Hang Jebat yang dikatakan bernama Hang Nadim. Dalam kisah Singapura Di Langgar Todak, budak bijak yang memberi pendapat supaya berkubukan batang pisang dari serangan todak dikatakan adalah Hang Nadim anak kepada Hang Jebat.
Keberanian dan ketegasan Hang Jebat untuk mencari keadilan sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan adalah satu-satunya persoalan yang menjadikan Nama Hang Jebat begitu harum sehingga ke zaman ini. Ungkapan katanya 'Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah,' menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak memperkatakan kezaliman raja yang memerintah. Kesetiaan Hang Tuah yang membuta tuli sebaliknya menjadi cemuhan orang-orang di generasi ini.
Perbalahan di antara dua wira Melaka telah menimbulkan tanda tanya tentang moral Hang Jebat yang bertindak membunuh rakyat yang tidak berdosa dan mengenai sejauh mana Hang Tuah bertindak mematuhi perintah Sultan.
Bagaimanapun, seseorang perlu melihat tindakan tersebut dalam konteks sezaman. Oleh itu adalah tidak menusahabah bagi seseorang yang hidup di abad ke 21 mempersoalkan nilai moral mereka yang hidup dalam abad ke 15.
Patuh kepada pemerintah adalah nilai yang kekal sepanjang zaman, walaupun gelaran seseorang pemerintah itu dari sultan berubah kepada Presiden, atau Perdana Menteri. Mengingkari sesuatu perintah tanpa sebab yang baik merupakan jenayah yang besar.
Selain itu membunuh mereka yang tidak berdosa merupakan satu kesalahan, satu nilai moral yang kekal sepanjang zaman. Walaupun terdapat mereka yang mengagung-agungkan Hang Jebat dan sebaliknya, ia bukanlah sesuatu yang diterima secara keseluruhan, cuma sebahagian masyarakat. Seseorang itu perlu menimbangkan sebanyak mungkin fakta sebelum membuat keputusan. Disebabkan oleh itu, Hang Jebat merupakan wira bagi sesetengah orang dan pembunuh bagi sesetengah yang lain. Keputusan akhirnya adalah bagi masing-masing memutuskannya.