Selasa, 6 Ogos 2013

SeJarah mel@yU - hikayat hang tuah

 bab1
Menceritakan mengenai asal usul Kerajaan Bentan. Kisah bermula daripada anak raja besar keinderaan bergelar Sang Sapurba yang berkahwin dengan Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam, juga anak raja keinderaan. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang putera bernama Sang Sapurba. Sang Sapurba inilah apabila dewasa kelak akan dirajakan di Bukit Siguntang Mahabiru. Pada suatu hari, ketika Sang Sapurba bersiar-siar di tasik yang terletak di kaki bukit, dengan kebesaran Allah S.W.T, seekor lembu putih muntah di tepi tasik lalu menjelmalah seorang puteri yang cantik jelita. Sang Sapurba membawa puteri itu ke istana baginda. Dengan perkenan Sang Perta Dewa, Sang Sapurba dan puteri itu dikahwinkan. Hasil daripada perkawhinan itu, Sang Sapurba berputerakan Sang Maniaka, Sang Jaya Nantaka, Sang Saniaka dan Sang Satiaka. Beberapa lama berlalu, putera-putera Sang Sapurba semakin dewasa. Dikisahkan pula tentang pembesar Singapura dan Bentan menghadap Sang Sapurba untuk melantik salah seorang putera baginda menjadi raja Bentan. Dengan perkenan Sang Sapurba, maka Sang Maniaka dilantik menjadi raja Bentan, bergelar Sultan Sang Maniaka. Dengan kebijaksanaan baginda, kerajaan Bentan telah diwujudkan dengan tersusun, pembesar-pembesar dilantik, rakyatnya semakin ramai dan masyhur sehingga ke negara-negara lain.


bab2
Kisah bermula perpindahan keluarga Hang Tuah ke Bentan lantaran Hang Mahmud mendapat mimpi bulan turun dari langit di atas kepala Hang Tuah. Mereka sekeluarga menetap di perkampungan Bendahara Paduka Raja. Semasa kecil Hang Tuah belajar pelbagai ilmu: mengaji al-quran, ilmu mempertahankan diri, ilmu belajar berbahasa. Kisah seterusnya, ketika berusia 10 tahun Hang Tuah bersahabat akhrab dengan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu Dan Hang Lekir.
Kehebatan mereka terserlah buat pertama kali mengalahkan lanun-lanun samasa mereka dalam pelayaran menuju ke Pulau Tinggi dan Singapura. Penghulu Singapura yang menjadi saksi kehebatan mereka sehingga dia menceritakan perihal kehebatan 5 bersaudara itu kepada Bendahara Paduka Raja. Diceritakan juga Hang Tuah bersama rakannya berguru dengan Sang Aria Putera di Bukit Pancalusa. Sang Aria Putera meramalkan Hang Tuah akan menjadi orang besar di Bentan kelak. Sang Aria Putera mengarahkan Hang Tuah dan rakannya berguru dengan Sang Persata Nala di Gunung Wirana Pura kerana ilmunya begitu banyak. Sekembalinya Hang Tuah dan rakannya dari Bukit Pancalusa, berlaku huru- hara di pasar kerana ada orang mengamuk. Hang Tuah dan rakannya yang lain berjaya mengalahkan pengamuk itu dan kejayaan mereka itu, telah menjadikan mereka dilantik menjadi biduanda Raja.


bab3
Dalam bab ini mengisahkan, patih kerma wijaya yang datang memperhambakan diri kepada kebawah duli raja bentan kerana patih kerma wjaya merasa jauh hati dengan perbuatan ratu lesam. Ratu lesam telah melarikan anak patih kerma wijaya, ken sumirat. Selain dariapda cerita itu, ada juga terdapat kisah pembukaan negeri baru iaitu negeri Melaka. Hal ini mengambil sempena nama tempat itu banyak ditumbuhi pohon Melaka.
PERISTIWA PENTING.
  • Ratu Lesam mengarahkan Patih Kerma Wijaya (PKW)  memperbaiki Negeri Pajang setelah diserang Raden Inu Kartapati.
  • PKW telah jatuh sakit dan menyuruh penglimanya pergi  ke Pajang bagi menjemput puterinya iaitu Kem Sumirat ke Pajang Kebiri. Dalam perjalanan ke pajang kebiri,Puteri itu bertemu dengan Ratu Lesam. Tanpa kebenaran dan pengetahuan PKW, Ratu Lesem telah mengahwini  anak PKW.
  • PKW merasa marah terhadap tindakan Ratu Lesam. Lalu dia telah pergi Tanah Melayu kerana negeri itu aman dan makmur.
  • Raja Bentan menyambut baik kedatangan PKW dan dilantik menjadi pembesar istana.
  • Raden Wira Nantanja, Putera Daha berkelana ke Negeri Bentan mencari saudaranya, Raden Puspa Ningrat.
  • Raja Bentan menerima kedatangan Raden Wira Nantaja dengan penuh kebesaran, terus menggelarkan Ratu Melayu kepada Raden Inu Wira Nantaja.
  • Raja Bentan menitahkan membawa anjing Kibu Nirang dan Rangga Raya untuk berburu dan mencari tempat berbuat negeri baru.
  • Anjing Kibu Nirang Ddan Rangga Raya berjaya dikalahkan oleh Pelanduk Putih.
  • Raja Bentan menamakan negeri baru itu negeri Melaka sempena mengambil nama tapak berbuat istana  baru itu yang ditumbuhi pokok Melaka.
  • Raja Bentan dan seluruh penduduk berpindah ke Melaka.
 
bab4
Mengisahkan perlantikan dan pemecatan sang jaya nantaka  Bermula dari kisah, Sang Jaya Nantaka di jemput ke Melaka untuk dijadikan Raja Muda. Raja Muda difitnah menghimpunkan tentera dan pembesar istana untuk merebut kuasa. Raja Melaka terus menitahkan Raja Muda dihukum bunuh, namun Bendahara Paduka Raja menahan dengan mencadangkan Sang Jaya Nantaka dilucutkan jawatannya dan disuruh pulang ke Bukit Siguntang Mahabiru. Sang Jaya Nantaka meminta sahaja berkelana menjadi nelayan di kuala Melaka. Setelah Jaya Nantaka menjadi nelayan ,datang Parmadewan (seorang saudagar kaya-raya dari Benua Keling yang kebetulan sedang mencari raja untuk dirajakan di Negeri Benua Keling). Parmadewan Meminta Sang Jaya Nantaka menjadi raja di Benua Keling, lalu dia menerima dan berangkat menjadi raja di Benua Keling.

PERISTIWA PENTING.
  • Sang Jaya Nantaka , adik Raja Melaka dijemput ke Melaka untuk dijadikan Raja Muda.
  • Istana Raja Muda dibina berdekatan dengan kampung Bendahara Paduka Raja.
  • Hang Tuah berfirasat, siapa yang menduduki istana Melaka itu akan dimurkai oleh Raja Melaka dalam masa tempoh 40 hari terdekat.
  • Belum sampai 40 hari Raja Muda yang bersemayan di Melaka, baginda difitnah (ingin merebut kuasa kerajaan Melaka)
  • Raja Melaka menitahkan Hang Tuah membunuh Raja Muda tanpa usul periksa.
  • Hang Tuah enggan membunuh Raja Muda.
  • Bendahara menasihati Raja Melaka agar jangan dibunuh Raja Muda sebaiknya dilucutkan saja jawatan Raja Muda dan disuruh pulang semula ke Bukit Siguntang Mahabiru.
  • Raja Muda menjadi seorang nelayan dan menatap di sebuah rumah kecil di kampung Bendahara.
  • Seorang saudagar dari Benua Keling (Parmadewan) tiba di Melaka untuk menjemput Sang Jaya Nantaka.
  • Sang Jaya Nantaka menjadi raja di Benua Keling.
 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan