Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang terutama serta pahlawan Melayu yang taat kepada rajanya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15.
Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700 (Leiden manuscript
Cod.Or.1762.) tetapi manuskrip lengkap adalah bertarikh 1849.
Pada masa pemudanya, Hang Tuah dan empat orang temannya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, serta Hang Lekiu, membunuh segerombolan lanun dan dua orang lain yang mengamuk dan membuat kacau-bilau di dalam kampung. Si Bendahara (sama dengan Perdana Menteri dalam istilah moden) Melaka nampak bakat mereka dan mengambil mereka bertugas di dalam istana. Hang Tuah dibabadkan dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.
Semasa bertugas dengan istana Melaka, Hang Tuah membunuh seorang pahlawan Jawa yang dikenali sebagai Taming Sari. Taming Sari merupakan seorang anak buah Empayar Majapahit yang telah dihadiahkan dengan sebilah keris kuno yang dipercayai boleh menyebabkan pemiliknya kebal. Keris itu dinamai "Taming Sari" sempena pemiliknya yang asal.
Hang Tuah kemudian dituduh kerana berzina
dengan dayang Sultan, dan suatu keputusan serta merta dibuat untuk
menghukum mati laksamana yang tidak bersalah itu. Bagaimanapun, hukuman
mati itu tidak dilaksanakan, dan sebagai ganti, Hang Tuah dihantar ke
suatu tempat yang terperinci oleh si Bendahara. Mempercayai bahawa Hang
Tuah telah mati, Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu),
melancarkan pemberontakan balas dendam terhadap Sultan Mansur Shah, dan
menyebabkan keadaan kelam-kabut di kalangan penduduk. Sultan Mansur
Shah berasa sesal tentang hukuman mati Hang Tuah, kerana Hang Tuah
merupakan orang tunggal yang berupaya membunuh Hang Jebat (atau Hang
Kasturi). Akhirnya, si Bendahara memanggil balik Hang Tuah daripada
persembunyiannya, dan diampun oleh Sultan. Selepas berlawan selama tujuh
hari, Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat dan mendapat balik keris
Taming Sarinya.
Hang Tuah meneruskan khidmatnya kepada Sultan Mansur Shah selepas
kematian Hang Jebat. Pada lewat hidupnya, beliau diutuskan meminang
seorang puteri yang tinggal di puncak Gunung Ledang.
Beliau gagal dalam tugas itu, dan disebabkan perasaan malu, Hang Tuah
terus hilang dan langsung tidak dinampak lagi.
Hang Tuah terkenal untuk pepatahnya, "Takkan Melayu Hilang di Dunia" Petikan itu merupakan sorakan yang termasyhur untuk nasionalisme Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan